Kali ini saya di temani oleh dua otai Mohd azam dan Ishak Shamsudin untuk menunaikan satu tanggungjawab di Felda Kepis,Bahau Negeri Sembilan.Pasangan Yusof dan Maria telah menamatkan zaman bujangnya pada 16 oct 2010 (sabtu) di Masjid Felda Kepis selepas solat asar. Malam berinai telah di sinari dengan paluan kompang,silat dan juga pertunjukkan api oleh pemuda-pemuda kampung.Majlis persandingan di teruskan pada hari berikutnya 17 oct 2010.Sesi pengambaran di luar kami memilih di kawasan Kuala Pilah.
Terlalu banyak yang saya pelajari.Perbezaan negeri,adat dan budaya meluaskan lagi pengalaman saya.Terima kasih kepada kedua-dua mempelai kerana mempercayai saya untuk merakamkn detik-detik indah pada hari tersebut.korg mmg best la!





