Front Page
  • HOME
  • about
  • ARCHIVES
    • May 2012
    • April 2012
    • March 2012
    • February 2012
    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • February 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • March 2010
  • CATEGORIES
    • engagement
    • Travel
    • Uncategorized
    • Wedding


Archive for June, 2011

Miri

June 21, 2011 | Leave a Comment »

MIRI

21 June 2011 - 23 June 2011

Susah jugak nak meyakinkan orang yang aku pergi ke Miri,Sarawak secara berseorangan. Tiket tempah 11 June 2011.Petang tu rse bosan2,klik airasia.Tengok2 ade promo ke Miri. Terus sebat! haha…Sane,dh terbayang Stanley je yang boleh tolong aku.

Flight depature 1820 21June.Sultan Ismail International Airport.Layan je naik kapalterbang sorang2…haha…almost all passenger orang Sarawak la.Beza antara orang semenanjung dengan orang borneo aku boleh nmpak dengan melihat pada muka dan bahasa mereka yang agak cool.Aku pn xterkecuali untuk blajar bahasa Sarawak sblm berlepas.Siap bwk nota kecik perkataan2 Swk.hehe…Aku bkn jenis orang yg biase naik belon ni.Pening2 aku mase nk terbang dan mase nk landing.Peramugari airasia mmg btol2 peramah.Sweet je diorg ni.Aku beli mineral je.rm3.Konon2 boleh hilangkan pening tekanan udara.Gagal.haha….

Sampai je Miri International Airport, Stan dh ade kt pintu balai ketibaan.Lapar beb.Round2 bandar Miri malam tu sebelum decide nk makan kt mne.Last2 Stan suggest makan di Kinky Fat Chef Kitchen.Kedainye xberapa besar.Dalam taman.1st time datang,aku order beef burger+special sauce.Stan bgtau burger kt sini handmade.Sayur xla…First impression kt burger tu nmpak agak muak sbb die besar.Tapi sekali gigit,peghhh!!! Memang masyuk abis! Sos die mmg sedap.Roti lembut,daging grill yg ckup rase la! Tokey kedai pun peramah.Memang good la kedai ni.Terus like fb and twitter die.Kalau la kt kluang ade…haha…hari2 kot.Tokey2,engineer…ramai makan di sini.Dan yang paling penting,Kinky ni halal food.Then lepas makan tu,aku ikut la Stan balik.

Esok nya mmg dh plan,pagi2 ke Gua Niah.Plan asal malam tu,slps ke gua,kitorang akan ke Brunei.Ade sedikit masalah mengakibatkan plan tu dibatalkan.Mungkin lain kali.2 jam perjalanan dari rumah ke Taman Negara Niah.Kat sini la ade Gua Niah.Jalan kaki melalui laluan yang disediakan sepanjang 3km untuk smpai ke muka gua.Terasa sangat jauh la sbb kami je yang jalan tgh2 utan tu.Sampai ke muka gua,baru la jumpa pakguard.Kaki jgn tye la,mmg lenguh sangat2.Tapi terbalas dengan keindahan Gua Niah.Ade sedikit info tentang gua ni.Gua ini merupakan gua batu kapur terbesar di DUNIA.Salah satu gua tertua di DUNIA jugak.Ia juga merupakan tapak awal kehadiran manusia ke Asia Tenggara sbb ade penemuan fossil manusia kira2 40000 tahun dahulu.So,mmg sejarah abis la gua ni.Kat dalam gua,panas.Gelap.Nasib Stan ade bwk torchlight.Ade beberapa laluan yang licin akibat dari najis burung walit dan kelawar.Aku terpakse guna iso sehingga 2000 pada setting kamera utk merakam kan beberapa kawasan yang menarik di dalam gua.Kedengaran ade beberapa orang sedang mencari sarang burung walit yg harganya ribuan ringgit.Aku tidak dapat meneruskan perjalanan semasa tibanya di kawasan bawah gua.SANGAT GELAP! dan LICIN.sebenarnye takut pn ade.2 org je wei…Aku minta Stan patah balik.Stan setuju.fuhh…semasa jalan nk kluar,ade je orang yang masuk,foreigner also(muka gua).Tapi mase jalan dalam hutan tu,xde plak.Mne ntah ghaib semua org.Myb aku pgi bkn cuti sekolah ataupun weekend.Balik,singgah pantai esplanade dan Taman Selera. Lepak jap pantai…layan angin pantai sebelum blk. Malam tu lagi sekali kami ke Kinky! yeah! Nang osem! haha…Kali ni mintak sos banjir! Senyum je aku tdo mlm tu+penat sgt2 penangan Gua Niah.haha…

Hari ke3.huh..bangun lewat la plak! So,pagi tu cari makan la dulu.Lokasi pilihan,PakCik Wan cafe.ade pelbagai makanan asli Swk kt sini.aku pilih laksa Swk.Sangat sedap! Stan mkn mee kolok.Pun sedap jgk.Teh C spesel ais,sangat lemak berkrim.But,strictly No Smoking here! Then,cari la souvenier kt Miri Craft Heritage Centre nk bwk bg family.Petang tu sblm blk,dpt la tgkp gmbr sikit kt pantai taman selera.sbb dekat ngn airport.Akibat xcek tiket flight,aku sruh la Stan hntar ke airport pukul 530 ptg.sbb flight 620ptg.Mase nk amik boarding pass,terkejut tgok aku pye flight kol 840malam.Cepat2 kol Stan,sruh amik blk.haha…Kesian Stan.Die bwk aku pgi tepi pantai blk.Dapatla 2,3 keping gmbr sunset.Minum dan makan,hntar blk aku ke airport. Balik la aku naik belon.lagi sekali sorg2…haha…

-Sebelum dtg Srwk,sibuk jgk blajar bahasa diorg.Smpai sana,Stan ckp iban.Agak lain dari bahasa melayu Srwk.byk perkataan yg diakhiri dengan -ai.seperti Makan – makai dan Pulang – pulai.So,lps ni kne blajar bahasa iban plak.hehe…

- Tak serik aku dtg Miri.Lepas ni,kalau ade rezeki,aku akan ke sana lagi.Best!

Ni ade sedikit gambar yg berjaya dirakam…

naik bot.rm1 untuk menyeberang sungai…

ni la laluan untuk ke Gua Niah…

Ini kat Pantai Taman Selera

Kat sini ada orang main surfing board.power jgk diorg ni.

ni kt Marina Bay…

Terubuk masin.layan beb…

-Kalau korang rase teringin nk ke Miri,jangan ragu2 la…memang best!

-Datang jak Swk!

Bidin dan Sarah PartII

June 12, 2011 | Leave a Comment »

Bidin & Sarah

12 June 2011

Kg.Kurnia,Kluang Johor

Hafiz + Sarah

June 5, 2011 | Leave a Comment »

The Big Day

Hafiz + Sarah

5th Jun 2011

Batang Benar, Nilai,N9

Hari yang dinantikan sudah tiba.Mereka disatukan pada pagi ahad.Dah kawen dah kawan aku yang selalu hang out same2.lepas ni sorang2 la aku ngeteh malam2…Akad nikah berlansung di rumah pengantin perempuan,kg.batang benar,Nilai. Lain padang,lain belalang,begitu juga adat di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa aturcara yang berlainan dari Negeri Johor. Contohnya semasa nikah,pengantin perempuan telah duduk bersama dengan pengantin lelaki.Sebaliknya berlaku di Johor.

Akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Sarah. Dua kali. Yang pertama,Hafiz teucap “nya”.Dan kali kedua,bapa pengantin pula yang tersasul.hehe…Gugup. Rombongan dari Johor bersama sanak saudara dan juga jiran tetangga.Penuh la rumah Sarah pada hari itu.

Pada mulanya mak Sarah berat untuk melepaskan anaknya untuk pengambaran luar yang akan di jalankan di Putrajaya.Setelah dipujuk,mak beliau akur dengan keputusan anaknya.hehe..maseh makcik. Putrajaya memang terkenal dengan lanskap dan bangunan-bangunan yang cantik2.Kalau nk di ikutkan,sampai esok pagi pn xabis.haha…Tapi masing2 pn penat.Pengantin pn nk kne berus periuk.hehe…

Ok lah.Harap2 korang kekal,bahagia,jangan gaduh2,cepat2 dapat baby,dimurahkan rezeki,dan ceria selalu…amin…

Noordeen + Zuridah

June 4, 2011 | Leave a Comment »

Solemnization

Noordeen dan Zuridah

3rd Jun 2011 ( nikah )

4th Jun 2011 ( sanding )

Kg.Melayu,Bt.9

Segala aturcara majlis,alhamdulillah berjalan lancar pada hari tersebut.Mereka disatukan pada Jumaat malam sabtu.Pada malam itu saya ditemani oleh Ishak Shamsuddin,Razi,dan juga sam.Selepas selesai acara akad nikah, acara diteruskan dengan malam berinai disertakan mempelai memperagakan baju ala2 jepun,minang dan juga serba kuning.

Pada hari bersanding, cuaca amat membantu.Mereka memilih untuk mempercepatkan waktu bersanding.Ini kerana cuaca yang tidak menentu pada belah petang.Berarak pada pukul 12 tepat.

Saya mendoakan,pengantin agar berbahagia selalu,dan dikurniakan cahaya mata dengan cepat.aminn…hehe…

Recently Written

  • Sulastri + Ahmad
  • Made in Cameron Highland
  • Hayati + Hafiz
  • Yusof + Wanny
  • Faiz + Alin
  • Azlan + Ezra | Solemnization

Popular Post

Archives

Admin

  • Log in

18% GRAY - © Copyright Idham Haziq • Powered by Full Frame & Wordpress. Login