The Big Day
Hafiz + Sarah
5th Jun 2011
Batang Benar, Nilai,N9
Hari yang dinantikan sudah tiba.Mereka disatukan pada pagi ahad.Dah kawen dah kawan aku yang selalu hang out same2.lepas ni sorang2 la aku ngeteh malam2…Akad nikah berlansung di rumah pengantin perempuan,kg.batang benar,Nilai. Lain padang,lain belalang,begitu juga adat di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa aturcara yang berlainan dari Negeri Johor. Contohnya semasa nikah,pengantin perempuan telah duduk bersama dengan pengantin lelaki.Sebaliknya berlaku di Johor.
Akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Sarah. Dua kali. Yang pertama,Hafiz teucap “nya”.Dan kali kedua,bapa pengantin pula yang tersasul.hehe…Gugup. Rombongan dari Johor bersama sanak saudara dan juga jiran tetangga.Penuh la rumah Sarah pada hari itu.
Pada mulanya mak Sarah berat untuk melepaskan anaknya untuk pengambaran luar yang akan di jalankan di Putrajaya.Setelah dipujuk,mak beliau akur dengan keputusan anaknya.hehe..maseh makcik. Putrajaya memang terkenal dengan lanskap dan bangunan-bangunan yang cantik2.Kalau nk di ikutkan,sampai esok pagi pn xabis.haha…Tapi masing2 pn penat.Pengantin pn nk kne berus periuk.hehe…
Ok lah.Harap2 korang kekal,bahagia,jangan gaduh2,cepat2 dapat baby,dimurahkan rezeki,dan ceria selalu…amin…
Twitt Twitt













