Majlis Bertandang
Suhairien dan Farrah
20 Nov 2011 Parit Salleh RosKali ini bersanding di tempat lelaki pulak.Kebetulan, rumah lelaki tak berapa jauh dengan rumah sewa aku.Sebelah kampung je.Memandangkan tarikh yang cantik pada hari itu, ramai la rakan jurugambar yang bertugas di tempat lain dan tidak dapat membantu aku.Aku ditemani dengan rakan serumah, Rifa’i.
Kedua mempelai bersolek dirumah perempuan pada pukul 11 pagi. Majlis bermula pada pukul 2.30petang.Keadaan cuaca pada mulanya agak cerah,tetapi hujan telah turun pada majlis sedang berlansung. Majlis tetap berjalan lancar ditambah dengan keriuhan makcik2 pengantin yang happening.Turut menyerikan majlis pada hari itu dengan cabutan bertuah yang dikelolakan oleh dj, selaku sepupu pengantin lelaki.
Pada sesi pengambaran luar, kami telah memilih padang golf batu bahat untuk dijadikan lokasi. Ramai sungguh jurugambar yang menggunakan lokasi itu untuk pengambaran selain pemain golf sendiri.Kami tidak berkesempatan untuk lama disini kerana hujan mula turun dengan lebat.Masa yang singkat itu, aku gunakan sebaiknya untuk merakam detik indah mereka berdua.
Tahniah kepada pengantin, dan terima kasih kerana mempercayai aku merakamkan detik2 indah korang berdua.Jika ada apa2 masalah,aku mintak maaf.Semoga korang berdua happy selalu,dimurahkan rezeki,dan cepat2 dapat baby.hehehe…



































































































































