Beijing,China
17 July 2011 – 23 July 2011

Program Mobiliti Pelajar UTHM ke Beijing China

Alhamdulillah, selamat juga aku pgi dan balik untuk trip ni. Kitorang pgi dengan bantuan agen Nat Tour Sdn.Bhd.Madam Tracy from Msia, and Madam Jessica at Beijing. Round2 kat sana menggunakan coaster(bas pendek). Suhu sana lebih kurang je macam Msia. Sbb mase aku pgi ni tgh musim panas.Sejuk sikit la berbanding Msia.Berkabus.Hujan dan petir pn ade.

Banyak juga tempat2 yang aku lawati kat sana.Antaranya ialah,Summer Palace, Nan Dou Ya Mosque,Fresh Water Pearl Center, Tian An Men Square, Forbidden City,Niujie Mosque, Chinese Medicine Center, Traditional Medicine Center, Tea House, Muslim Supermarket, Xin Jiang Muslim Restaurant, Great Wall of China, Jade & Crystal Shop, Wang Fu Jing Shopping Street , Night Food Market, Bird’s Nest Stadium, Olympic Sponsor Jewelry City & Store., Tianya Hong qiao Market ,Xiu shui Yangguang Jinjie Market dan banyak lagi…

Bagi yang kaki shopping, mmg meriah la korg.sbb sana barang2 mmg sangat murah.especially perempuan.Beg tangan, tudung, kain2, barang2 perhiasan…mmg banyak. Tapi kene buat pilihan yang bagus la.Sebab barang diorang banyak yang tiruan. Satu kedai je aku jumpe xde tiruan,Kedai Kamera.haha…MYR 1 = RMB 2.Aku dh biase dengan duit Msia.so, 10 yuan pn rase mahal.padahal rm5 je pn.Makan,penginapan,pengangkutan,semua dh masuk dalam pakej.Senang la.Jalan je bwk badan.haha….

Berpeluang la aku naik Bullet Train.Memang laju wei.300km/j.Cepat je sampai.Kitorang naik Bullet Train sbb nk pgi Tianjin.Kat sana xlame. Shopping kt Culture Street,jalan2 ckit pastu balik Beijing semula.Aku nk sentuh sikit bab makanan.Er..makanan sana mmg kurang diterima oleh tekak aku.hehe…TAWAR abis! Myb mmg macam tu diorg punye makanan.Aku je yg xbleh nk terima.Tapi tawar2 pn,habis jugak aku makan.haha…Menu wajib, Ikan Kap rumput. Nasi diorg melekit ckit. Disebabkan tawar2 belaka,aku minum Coke sepanjang mase.Aku rse tu je yg manis dan mudah di dapati.

Komunikasi lagi la FAILED!!! haha…macam ape dah.Aku cakap omputih,peniaga cakap cina.Last2,aku cakap melayu je senang.Sama2 xpaham.Nasib la aku pgi dgn ramai kawan2 cina.So,diorg byk la membantu.Kalau nk nego2 barang, komunikasi la sgt penting.Sampai kan penggunaan kalkulator menjadi perantara untuk memudahkan urusan jual beli.Kadang,aku xjalan sekali dengan kawan2 cina.Disebabkan itu,aku pn belajar la ckit2 bahase cina.haha…Ha..lagi satu nk cite, aku ari2 la tgok cerite cina kt tv hotel.Adoi….paham2 kan je la.hahaha…Berita,drama,iklan…:(.Nama pn pgi negeri orang.haha…Social network?semua la xboleh nk masuk.Fb,Twitter.Yang boleh skype,foursquare.Google pn tulisan cina.

Antara tempat yang aku nk tegaskan disini ialah Great Wall of China.Mmg best la kt sane.Dapat rasakan kepayahan orang dulu2 buat tembok tu.Kitorg nk mendaki pn payah.Hahaha…Yang kedua kedai Olympic Sponsor Jewelry City & Store.Bos die org Melaka.Die la byk bgtau pasal life in beijing.cara2 nk beli barang,dan die juga menawarkan harga2 jade yg murah utk kami.

Cara pembelian kenderaan disana agak unik.Mereka perlu membeli loteri untuk membeli kereta.Nombor loteri akan ditayangkan di tv pada waktu2 tertentu.So,kalau nombor korang naik,korang boleh la beli kereta! haha…Disana tidak la sewenang2nya mereka menggunakan kenderaan sendiri dengan sesuka hati.Nombor daftar pendaftaran kereta menentukan penggunaan kereta di jalan raya mengikut hari2 yang telah di tetapkan.Ini dibuat untuk memastikan keadaan di jalan2 utama tidak begitu sesak.

Program ni bukan je dapat membantu aku menambah ilmu tentang negara orang,malah aku dapat mengeratkan hubungan aku dgn kawan kelas aku yang lain.Seminggu aku kat sane,semestinya aku rindukan masakan ibunda.Hujan emas di negeri orang, lagi bagus negara aku sendiri.

Ini ada sedikit gambar yg sempat aku rakamkan semasa di sana.

Marco Polo Bridge, Summer Place

Forbidden City

Bagi yg kapel2 tu, diorg ikatla mangga kt sini…

Great Wall Of China

Culture Street, Tianjin
Food Street, Tianjin

Ade restoran exotic.Katak,siput,semua segar2!!!

Bird Nest Stadium

Hard Rock Cafe Beijing.Bos die spoting abis.siap bagi kitorang perfome kat atas stage.haha..semua la org2 yg makan kt situ tgok kitorang…tq bos!!

Kalau ade yg nk tgok gambar2 lagi atau nk tanye pasal pengembaraan aku ni,boleh la pgi ke sini.

Seriously,Beijing xkan pernah aku lupakan…

Be Sociable, Share!

Leave a Reply

Recently Written

Popular Post

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Idham Haziq • Powered by Full Frame & Wordpress. Login