Lama dah aku plan nk ke Cameron Highland (CH) ni. Ini semua implikasi dari peristiwa aku eksiden awal tahun aritu. Habis ranap sebulan aku duduk rumah je sebab kete masuk bengkel Produa. Ni masuk 3 bulan lebih kat Produa. Tak siap2 jugak. Sab02…:) Ingatkanla kalau sempat siap, aku nk la bawak kete tu pgi CH ni. Takde rezeki…Plan asal nak pgi ramai2.Memandangkan aku nk pgi mase weekday,so ramai la bekerja time tu. So,yang jadik pgi, aku, cikmat, ngn fekri.

Bertolak pagi isnin 9/4. Tak byk masalah pagi tu, tapi masa sampai Seremban, hujan sangat lebat sampai la ke Perak. Dapat la aku balik kampung kejap jumpa opah. Malam tu sempat jugak round2 bandar ipoh.makan char kuew tiay kat dataran dan jalan2 kat gerbang malam.kitorang tidur la kat kampung aku. Kg. Sri Rahmat,Lahad.

Selasa, 10/4. Breakfast kat Gopeng ngn Tuan Mayor Farid. Kawan kitorng kat U. Try jugak ajak die join ke CH. Malangnye die byk koje plak. Dalam pukul 1 lebih kitorang sampai Berinchang. Check in Hotel Chuah Qi. Mengikut reviews dari travellers, hotel ni paling murah kat kawasan ni. Tapi heater die kadang2 berfungsi,kadang2 tak. Tu je la problem hotel ni.Pada mulanya macam tak kesah sangat pasal heater ni, sampai la tibe giliran nak mandi,menjerit melolong la dalam bilik air tu. Air die mmg sejuk sampai kebas muka! Tempat yang pertama kitorang pgi ialah Ladang teh Cameron Bharat Tanah Rata.Kalau dari Berinchang, amik masa 30 minit untuk ke sana. Besar Betol ladang teh kat sini. Harga sekotak teh di jual rm8.90. Lepas tu kitorang pgi Health Strawberry Farm. Dengan rm25 kita boleh la petik sendiri strawberry yang kita nak.Petik je,tak boleh makan. lepas tu, kitorg balik hotel. sebab hujan lebat sangat. Dalam kol 6, hujan dab berhenti. Kitorang try la nak pgi Puncak Gunung Berinchang. Ingatla beberapa minit je,rupa2nye nak naik bukit tu amik masa hampir 1 jam.9km je pn.Tapi jalan yang kecik serta menjunam, menyukarkan untuk pendakian. Setibanya di puncak, kami dapat rasakan suhu sangat rendah. Sejuk tahap beku! haha…Nasib la aku bawak sweater dan berkasut. Tu pn mengigil jugak. Sunset pada petang tu agak menarik sebab lepas hujan. Kitorang turun dah nak malam.Gelap dalam hutan.Takde la takut sgt sbb ade 2 kereta join sekali turun. Malam tu lepas makan,aku selubung dari atas sampai bawah. Sejuk sgt2.

Rabu 11/4. Seawal jam 6 aku dah kejutkan cikmat ngn fekri.Hajat pagi tu aku nk tgkap gambar sunrise kat ladang teh Sungai Palas yang terletak di kaki bukit Gunung Berinchang. Sampai je di kawasan kejadian, keadaan masih gelap. Matahari pun takde lagi. Dengan tripod pun tak bawak,aku try la guna apa yang ade.2 jam jugak kat situ.Sampai la terang. Kitorang turun dan sarapan.Kemas2 barang dan singgah Kea Farm untuk beli barang2 sikit untuk bawak balik.

Aku ingatkanla CH ni ade teh dan strawberry je,rupa2nya lebih dari tu.Kat CH, ade Bee Farm, Butterfly Farm dan banyak lagi yang boleh kita lawati. Aku harap, lepas ni kalau ade rezeki, pasti aku ke sana lagi.

sunset di Puncak Gunung Brinchang

sunrise di Ladang Teh Sungei Palas

kat sana kita boleh nampak banyak pacuan 4 roda. Terutama model Land Rover.

Kedai makan sedap.Ikan bakar die boleh tahan la…

Be Sociable, Share!

Mizsleepy

: Pegila gunung brincahng. Jungle trek kat sana.. sangat best.. X rugi..snd sangat sejuk... (^__^)

am

: ye.saya sampai puncak gunung berinchang :)

Leave a Reply

Recently Written

Popular Post

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Idham Haziq • Powered by Full Frame & Wordpress. Login