Archive for the ‘Wedding’ Category
Sulastri + Ahmad
Hayati + Hafiz
Solemnization
16/3 (nikah) 17/3 (sanding)
Ayer Hitam
Yati ni jiran aku dulu mase kat pertanian aitam. Tadika sama2,sekolah rendah pun satu kelas.Tapi jodoh dia sampai dulu dengan si apis ni. 6 tahun katenye diorg berkawan.Dah tiba la masenye diorg di satukan.
Nikah Jumaat malam.lepas isyak.Ramai betol yang hadir.Maklumlah,Keluarga yati je ade yang dari Penang dan Johor.Memang meriah! Pelamin dan solekan dari Azidia Bridal Batu Pahat.Pelamin moden ala2 taman mini menambahkan ceria suasana majlis.
17/3.Sedar tak sedar, itu adalah tarikh hari kelahiran aku. Apa boleh buat,tengok je la yati potong kek.haha…Ucapan terima kasih banyak2 kepada semua yang wish kat facebook dan twitter. Berbalik pada majlis yati ni,aku suka part photobooth dengan tempat gula2 tu.Suwit je…Ini semua idea Kak Ul,akak yati yang memang super kreatif!
Banyak plak menaip.njoy la ye gambar2 di bawah ni…
Yusof + Wanny
Yusof & Wanny
26 Feb 2012Batu Pahat, Johor Terima Kasih kepada pengantin yang osem dan sempoi. Terima Kasih jugak kat Aidil Bachok, Fareed Zain dan Pi’e yang sudi teman aku pada hari kejadian…
iso tinggi abis.cuaca hujan dan gelap.try main backlight.nampak ade efek sembur2.padahal percikkan air hujan.
Faiz + Alin
Faiz & Alin
Dewan Sri Perdana SMDM Ayer Hitam 19 Feb 2012
OP : Trisno Quatris
dah macam retis! ramai bebenor tgkp gambar faiz ngn alin ni. Secara peribadi,aku suka konsep wedding dia.Kaler die lembut je.Pelamin pun grand.Make up pun tak over sangat.Sedang2 elok je.Photobooth kreatif. Ni semua hasil sentuhan Dedaun Bridal.
Outdoor kat Uthm.Meh layan beberapa keping gambar yang sempat aku amik…
Azlan + Ezra | Solemnization
Official Photographer : Mohd Razali/ayie/Foto by Razali
Sabtu. 28 Jan 2012
Majlis berlansung di dewan Kg.Kopok Pasir Gudang,Johor Bahru.
Azim + Aisyah
Rancang punye plan, majlis di adakan jugak pada 24 hb Dis di rumah perempuan (aitam) dan 25 di rumah lelaki (kg.kurnia).Mase kat aitam, hujan turun lebat mase mula berarak. Layan je la aku dalam hujan mase tu. Takde sanding. Majlis agak simple dengan upacara pertukaran hantaran, cakap2 sikit,pastu makan damai. Wpn simple,majlis berlansung dgn meriah dgn jayanya.Ramai je yang hadir.Makan damai guna katering sriwangsacanopy.Memang terbaek la diorg pye masakan.Daging kambing lembut je.Air ade 10 jenis.Pilih je…Lepas makan,pengantin layan tetamu yang hadir.Ade satu bas datang dari Kuala Selangor.Kawan2 satu pejabat ngn Aisyah…
Mase kat Kg.Kurnia, aku jalan kaki je la…dah dekat ngn rumah. Azim ni anak sulong.So,ade kejutan la dari parent die..Kat umh die ade pelamin.Nak,tak nak, kne la sanding jugak.Cool je lgpn.Make up kat butik aitam pagi tu.Pakai baju kelabu.Lepas sanding2,makan, diorang tukar baju merah pulak.Menyala2 merahnye.Satu kampung rewang kat rumah Azim.Bukan senang nak satukan org kampung aku ni.Time2 kenduri macam ni la baru jumpa semua. En.Suradi jadik masterchef mase kat rumah azim.Ayam goreng berempah die sangat sedap.Layan gak makan ramai2.haha…
Petang tu cuaca pun cantik.Aku sempat colek kedua mempelai jln2 tgok lembu.hahaha…ok la zim.Jage yati tu ye.Bercinta dari sekolah tu.mmg btol2 bercinta sampai ke mati ar korg.terbaek ah!..ni ade gmbr korg sikit2 ni…layan je la ye..haha..
Suhairien & Farrah
Majlis Bertandang
Suhairien dan Farrah
20 Nov 2011 Parit Salleh RosKali ini bersanding di tempat lelaki pulak.Kebetulan, rumah lelaki tak berapa jauh dengan rumah sewa aku.Sebelah kampung je.Memandangkan tarikh yang cantik pada hari itu, ramai la rakan jurugambar yang bertugas di tempat lain dan tidak dapat membantu aku.Aku ditemani dengan rakan serumah, Rifa’i.
Kedua mempelai bersolek dirumah perempuan pada pukul 11 pagi. Majlis bermula pada pukul 2.30petang.Keadaan cuaca pada mulanya agak cerah,tetapi hujan telah turun pada majlis sedang berlansung. Majlis tetap berjalan lancar ditambah dengan keriuhan makcik2 pengantin yang happening.Turut menyerikan majlis pada hari itu dengan cabutan bertuah yang dikelolakan oleh dj, selaku sepupu pengantin lelaki.
Pada sesi pengambaran luar, kami telah memilih padang golf batu bahat untuk dijadikan lokasi. Ramai sungguh jurugambar yang menggunakan lokasi itu untuk pengambaran selain pemain golf sendiri.Kami tidak berkesempatan untuk lama disini kerana hujan mula turun dengan lebat.Masa yang singkat itu, aku gunakan sebaiknya untuk merakam detik indah mereka berdua.
Tahniah kepada pengantin, dan terima kasih kerana mempercayai aku merakamkan detik2 indah korang berdua.Jika ada apa2 masalah,aku mintak maaf.Semoga korang berdua happy selalu,dimurahkan rezeki,dan cepat2 dapat baby.hehehe…
Farrah + Suhairien
Majlis Persandingan
Farrah & Suhairien
Kg.Parit Sri Paya 13 /11/ 2011
Tugasan kali ini aku gerak secara solo.Maklumlah, yang lain mempunyai tugas. Pada hari tersebut, cuaca sangat cerah dan membantu perjalanan majlis dengan lebih lancar. Majlis sangat meriah dengan paluan pasukan kompang kampung, Dj yang peramah, pasukan dikir barat dan tidak lupa pada makanan yang cukup lazat. Semua ahli keluarga memberi kerjasama yang baik pada hari itu.
Pada sesi pengambaran luar, saya ditemani oleh Stanley . Kawasan uthm telah dipilih untuk dijadikan lokasi pengambaran.
Suhairien + Farrah
Majlis Pernikahan
Suhairien & Farrah
11 /11 / 2011
Parit Sri Paya, Batu Pahat, Johor
Tentu sekali ramai yang telah memilih tarikh ini untuk dijadikan hari yang bahagia.Begitu juga dengan pasangan ini, mereka telah memilih tarikh keramat ini untuk menamatkan zaman bujang.
Aku tak berseorangan pada hari majlis dilansungkan. Ditemani seorang otai jurugambar, Ishak Shamsuddin, kerja-kerja merakam detik2 bahagia menjadi agak mudah.terima kasih bang…hehehe…
Majlis bermula agak awal iaitu pada pukul 11 pagi pada hari Jumaat 11/11/11. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 12.30 tghari…
Shahena + Ifdzal
Solemnization Day
Shahena + Ifdzal
11 (nikah) 12 (Sanding) November 2011
Ayer Hitam
Angah aku kawin.Itu je la yang aku boleh tulis kat sini.Kak e’in(shahena) dah jadik keluarga baru kitorang.So, lepas ni angah jarang la balik rumah mak, sebab die ade rumah ‘baru’. Sebelum ni jugak aku tido sebilik dengan angah, lepas ni, kalau balik umah mak, kene la tido sorang2.er…tacing plak aku.
Majlis start malam hari Jumaat,111111.Memang cantik la tarikh diorg pilih. Ramai sanak saudara yang join konvoi ke rumah kak e’in malam tu untuk majlis pernikahan. Bapa pengantin perempuan yang menyempurnakan akad nikah dengan di bantu oleh tok imam ayer hitam. Dua kali angah akad nikah. Alhamdulillah malam tu bersatulah dua hati dengan sah…
Keesokan harinya 12112011 hari persandingan angah dengan kak e’in. Cuaca hari tu agak muram dan hujan sangat lebat.Starting berarak je, hujan turun. Hujan sampai ke petang.Tapi majlis tetap berjalan dan meriah.
Di sini ade sedikit gambar yang sempat aku rakam pada hari majlis…
18% GRAY - © Copyright Idham Haziq • Powered by Full Frame & Wordpress. Login

























































































































































































































































































