Majlis Pernikahan

Suhairien & Farrah

11 /11 / 2011

Parit Sri Paya, Batu Pahat, Johor

Tentu sekali ramai yang telah memilih tarikh ini untuk dijadikan hari yang bahagia.Begitu juga dengan pasangan ini, mereka telah memilih tarikh keramat ini untuk menamatkan zaman bujang.

Aku tak berseorangan pada hari majlis dilansungkan. Ditemani seorang otai jurugambar, Ishak Shamsuddin, kerja-kerja merakam detik2 bahagia menjadi agak mudah.terima kasih bang…hehehe…

Majlis bermula agak awal iaitu pada pukul 11 pagi pada hari Jumaat 11/11/11. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 12.30 tghari…


Solemnization Day

Shahena + Ifdzal

11 (nikah) 12 (Sanding) November 2011

Ayer Hitam

Angah aku kawin.Itu je la yang aku boleh tulis kat sini.Kak e’in(shahena) dah jadik keluarga baru kitorang.So, lepas ni angah jarang la balik rumah mak, sebab die ade rumah ‘baru’. Sebelum ni jugak aku tido sebilik dengan angah, lepas ni, kalau balik umah mak, kene la tido sorang2.er…tacing plak aku.

Majlis start malam hari Jumaat,111111.Memang cantik la tarikh diorg pilih. Ramai sanak saudara yang join konvoi ke rumah kak e’in malam tu untuk majlis pernikahan. Bapa pengantin perempuan yang menyempurnakan akad nikah dengan di bantu oleh tok imam ayer hitam. Dua kali angah akad nikah. Alhamdulillah malam tu bersatulah dua hati dengan sah…

Keesokan harinya 12112011 hari persandingan angah dengan kak e’in. Cuaca hari tu agak muram dan hujan sangat lebat.Starting berarak je, hujan turun. Hujan sampai ke petang.Tapi majlis tetap berjalan dan meriah.

Di sini ade sedikit gambar yang sempat aku rakam pada hari majlis…


Azim & Yatie

31 Ogos 2011 | Ayer Hitam

Berkawan dari zaman sekolah akhirnya di tamatkan dengan sekali lafaz sahaja.Kawen jugak member aku sorg lagi ni…Majlis di adakan serba serdehana di ayer hitam.Tarikh di pilih berikutan sempena menyambut hari kelahiran Yatie dan juga hari Kemerdekaan negara kita.Rombongan lelaki tiba pada pukul 10 pagi dengan membawa 5 dulang hantaran.Tema kelabu sangat sesuai dengan kedua mempelai pada hari itu. Juru solek pada hari tersebut ialah Salfa Diana dari Kluang.

Majlis selesai agak awal dan kami telah memilih lokasi stesen keretapi Kluang untuk di jadikan tempat pengambaran luar.Di bawah terdapat beberapa gambar yang sempat saya rakamkan.enjoy!

Aku tidak keseorangan semasa pengambaran dilakukan.Aku di temani oleh Ayiz dan Padil.

Kepada Azim dan Yat,selamat pengantin baru,jangan gaduh2 sgt,erm…pastu,rajin2 la balik kampung ye lps ni…hehe…semoga berkekalan wei korang!!! amin….


Beijing,China
17 July 2011 – 23 July 2011

Program Mobiliti Pelajar UTHM ke Beijing China

Alhamdulillah, selamat juga aku pgi dan balik untuk trip ni. Kitorang pgi dengan bantuan agen Nat Tour Sdn.Bhd.Madam Tracy from Msia, and Madam Jessica at Beijing. Round2 kat sana menggunakan coaster(bas pendek). Suhu sana lebih kurang je macam Msia. Sbb mase aku pgi ni tgh musim panas.Sejuk sikit la berbanding Msia.Berkabus.Hujan dan petir pn ade.

Banyak juga tempat2 yang aku lawati kat sana.Antaranya ialah,Summer Palace, Nan Dou Ya Mosque,Fresh Water Pearl Center, Tian An Men Square, Forbidden City,Niujie Mosque, Chinese Medicine Center, Traditional Medicine Center, Tea House, Muslim Supermarket, Xin Jiang Muslim Restaurant, Great Wall of China, Jade & Crystal Shop, Wang Fu Jing Shopping Street , Night Food Market, Bird’s Nest Stadium, Olympic Sponsor Jewelry City & Store., Tianya Hong qiao Market ,Xiu shui Yangguang Jinjie Market dan banyak lagi…

Bagi yang kaki shopping, mmg meriah la korg.sbb sana barang2 mmg sangat murah.especially perempuan.Beg tangan, tudung, kain2, barang2 perhiasan…mmg banyak. Tapi kene buat pilihan yang bagus la.Sebab barang diorang banyak yang tiruan. Satu kedai je aku jumpe xde tiruan,Kedai Kamera.haha…MYR 1 = RMB 2.Aku dh biase dengan duit Msia.so, 10 yuan pn rase mahal.padahal rm5 je pn.Makan,penginapan,pengangkutan,semua dh masuk dalam pakej.Senang la.Jalan je bwk badan.haha….

Berpeluang la aku naik Bullet Train.Memang laju wei.300km/j.Cepat je sampai.Kitorang naik Bullet Train sbb nk pgi Tianjin.Kat sana xlame. Shopping kt Culture Street,jalan2 ckit pastu balik Beijing semula.Aku nk sentuh sikit bab makanan.Er..makanan sana mmg kurang diterima oleh tekak aku.hehe…TAWAR abis! Myb mmg macam tu diorg punye makanan.Aku je yg xbleh nk terima.Tapi tawar2 pn,habis jugak aku makan.haha…Menu wajib, Ikan Kap rumput. Nasi diorg melekit ckit. Disebabkan tawar2 belaka,aku minum Coke sepanjang mase.Aku rse tu je yg manis dan mudah di dapati.

Komunikasi lagi la FAILED!!! haha…macam ape dah.Aku cakap omputih,peniaga cakap cina.Last2,aku cakap melayu je senang.Sama2 xpaham.Nasib la aku pgi dgn ramai kawan2 cina.So,diorg byk la membantu.Kalau nk nego2 barang, komunikasi la sgt penting.Sampai kan penggunaan kalkulator menjadi perantara untuk memudahkan urusan jual beli.Kadang,aku xjalan sekali dengan kawan2 cina.Disebabkan itu,aku pn belajar la ckit2 bahase cina.haha…Ha..lagi satu nk cite, aku ari2 la tgok cerite cina kt tv hotel.Adoi….paham2 kan je la.hahaha…Berita,drama,iklan…:(.Nama pn pgi negeri orang.haha…Social network?semua la xboleh nk masuk.Fb,Twitter.Yang boleh skype,foursquare.Google pn tulisan cina.

Antara tempat yang aku nk tegaskan disini ialah Great Wall of China.Mmg best la kt sane.Dapat rasakan kepayahan orang dulu2 buat tembok tu.Kitorg nk mendaki pn payah.Hahaha…Yang kedua kedai Olympic Sponsor Jewelry City & Store.Bos die org Melaka.Die la byk bgtau pasal life in beijing.cara2 nk beli barang,dan die juga menawarkan harga2 jade yg murah utk kami.

Cara pembelian kenderaan disana agak unik.Mereka perlu membeli loteri untuk membeli kereta.Nombor loteri akan ditayangkan di tv pada waktu2 tertentu.So,kalau nombor korang naik,korang boleh la beli kereta! haha…Disana tidak la sewenang2nya mereka menggunakan kenderaan sendiri dengan sesuka hati.Nombor daftar pendaftaran kereta menentukan penggunaan kereta di jalan raya mengikut hari2 yang telah di tetapkan.Ini dibuat untuk memastikan keadaan di jalan2 utama tidak begitu sesak.

Program ni bukan je dapat membantu aku menambah ilmu tentang negara orang,malah aku dapat mengeratkan hubungan aku dgn kawan kelas aku yang lain.Seminggu aku kat sane,semestinya aku rindukan masakan ibunda.Hujan emas di negeri orang, lagi bagus negara aku sendiri.

Ini ada sedikit gambar yg sempat aku rakamkan semasa di sana.

Marco Polo Bridge, Summer Place

Forbidden City

Bagi yg kapel2 tu, diorg ikatla mangga kt sini…

Great Wall Of China

Culture Street, Tianjin
Food Street, Tianjin

Ade restoran exotic.Katak,siput,semua segar2!!!

Bird Nest Stadium

Hard Rock Cafe Beijing.Bos die spoting abis.siap bagi kitorang perfome kat atas stage.haha..semua la org2 yg makan kt situ tgok kitorang…tq bos!!

Kalau ade yg nk tgok gambar2 lagi atau nk tanye pasal pengembaraan aku ni,boleh la pgi ke sini.

Seriously,Beijing xkan pernah aku lupakan…

Miri

June 21, 2011 | Leave a Comment »

MIRI

21 June 2011 - 23 June 2011

Susah jugak nak meyakinkan orang yang aku pergi ke Miri,Sarawak secara berseorangan. Tiket tempah 11 June 2011.Petang tu rse bosan2,klik airasia.Tengok2 ade promo ke Miri. Terus sebat! haha…Sane,dh terbayang Stanley je yang boleh tolong aku.

Flight depature 1820 21June.Sultan Ismail International Airport.Layan je naik kapalterbang sorang2…haha…almost all passenger orang Sarawak la.Beza antara orang semenanjung dengan orang borneo aku boleh nmpak dengan melihat pada muka dan bahasa mereka yang agak cool.Aku pn xterkecuali untuk blajar bahasa Sarawak sblm berlepas.Siap bwk nota kecik perkataan2 Swk.hehe…Aku bkn jenis orang yg biase naik belon ni.Pening2 aku mase nk terbang dan mase nk landing.Peramugari airasia mmg btol2 peramah.Sweet je diorg ni.Aku beli mineral je.rm3.Konon2 boleh hilangkan pening tekanan udara.Gagal.haha….

Sampai je Miri International Airport, Stan dh ade kt pintu balai ketibaan.Lapar beb.Round2 bandar Miri malam tu sebelum decide nk makan kt mne.Last2 Stan suggest makan di Kinky Fat Chef Kitchen.Kedainye xberapa besar.Dalam taman.1st time datang,aku order beef burger+special sauce.Stan bgtau burger kt sini handmade.Sayur xla…First impression kt burger tu nmpak agak muak sbb die besar.Tapi sekali gigit,peghhh!!! Memang masyuk abis! Sos die mmg sedap.Roti lembut,daging grill yg ckup rase la! Tokey kedai pun peramah.Memang good la kedai ni.Terus like fb and twitter die.Kalau la kt kluang ade…haha…hari2 kot.Tokey2,engineer…ramai makan di sini.Dan yang paling penting,Kinky ni halal food.Then lepas makan tu,aku ikut la Stan balik.

Esok nya mmg dh plan,pagi2 ke Gua Niah.Plan asal malam tu,slps ke gua,kitorang akan ke Brunei.Ade sedikit masalah mengakibatkan plan tu dibatalkan.Mungkin lain kali.2 jam perjalanan dari rumah ke Taman Negara Niah.Kat sini la ade Gua Niah.Jalan kaki melalui laluan yang disediakan sepanjang 3km untuk smpai ke muka gua.Terasa sangat jauh la sbb kami je yang jalan tgh2 utan tu.Sampai ke muka gua,baru la jumpa pakguard.Kaki jgn tye la,mmg lenguh sangat2.Tapi terbalas dengan keindahan Gua Niah.Ade sedikit info tentang gua ni.Gua ini merupakan gua batu kapur terbesar di DUNIA.Salah satu gua tertua di DUNIA jugak.Ia juga merupakan tapak awal kehadiran manusia ke Asia Tenggara sbb ade penemuan fossil manusia kira2 40000 tahun dahulu.So,mmg sejarah abis la gua ni.Kat dalam gua,panas.Gelap.Nasib Stan ade bwk torchlight.Ade beberapa laluan yang licin akibat dari najis burung walit dan kelawar.Aku terpakse guna iso sehingga 2000 pada setting kamera utk merakam kan beberapa kawasan yang menarik di dalam gua.Kedengaran ade beberapa orang sedang mencari sarang burung walit yg harganya ribuan ringgit.Aku tidak dapat meneruskan perjalanan semasa tibanya di kawasan bawah gua.SANGAT GELAP! dan LICIN.sebenarnye takut pn ade.2 org je wei…Aku minta Stan patah balik.Stan setuju.fuhh…semasa jalan nk kluar,ade je orang yang masuk,foreigner also(muka gua).Tapi mase jalan dalam hutan tu,xde plak.Mne ntah ghaib semua org.Myb aku pgi bkn cuti sekolah ataupun weekend.Balik,singgah pantai esplanade dan Taman Selera. Lepak jap pantai…layan angin pantai sebelum blk. Malam tu lagi sekali kami ke Kinky! yeah! Nang osem! haha…Kali ni mintak sos banjir! Senyum je aku tdo mlm tu+penat sgt2 penangan Gua Niah.haha…

Hari ke3.huh..bangun lewat la plak! So,pagi tu cari makan la dulu.Lokasi pilihan,PakCik Wan cafe.ade pelbagai makanan asli Swk kt sini.aku pilih laksa Swk.Sangat sedap! Stan mkn mee kolok.Pun sedap jgk.Teh C spesel ais,sangat lemak berkrim.But,strictly No Smoking here! Then,cari la souvenier kt Miri Craft Heritage Centre nk bwk bg family.Petang tu sblm blk,dpt la tgkp gmbr sikit kt pantai taman selera.sbb dekat ngn airport.Akibat xcek tiket flight,aku sruh la Stan hntar ke airport pukul 530 ptg.sbb flight 620ptg.Mase nk amik boarding pass,terkejut tgok aku pye flight kol 840malam.Cepat2 kol Stan,sruh amik blk.haha…Kesian Stan.Die bwk aku pgi tepi pantai blk.Dapatla 2,3 keping gmbr sunset.Minum dan makan,hntar blk aku ke airport. Balik la aku naik belon.lagi sekali sorg2…haha…

-Sebelum dtg Srwk,sibuk jgk blajar bahasa diorg.Smpai sana,Stan ckp iban.Agak lain dari bahasa melayu Srwk.byk perkataan yg diakhiri dengan -ai.seperti Makan – makai dan Pulang – pulai.So,lps ni kne blajar bahasa iban plak.hehe…

- Tak serik aku dtg Miri.Lepas ni,kalau ade rezeki,aku akan ke sana lagi.Best!

Ni ade sedikit gambar yg berjaya dirakam…

naik bot.rm1 untuk menyeberang sungai…

ni la laluan untuk ke Gua Niah…

Ini kat Pantai Taman Selera

Kat sini ada orang main surfing board.power jgk diorg ni.

ni kt Marina Bay…

Terubuk masin.layan beb…

-Kalau korang rase teringin nk ke Miri,jangan ragu2 la…memang best!

-Datang jak Swk!


Bidin & Sarah

12 June 2011

Kg.Kurnia,Kluang Johor


The Big Day

Hafiz + Sarah

5th Jun 2011

Batang Benar, Nilai,N9

Hari yang dinantikan sudah tiba.Mereka disatukan pada pagi ahad.Dah kawen dah kawan aku yang selalu hang out same2.lepas ni sorang2 la aku ngeteh malam2…Akad nikah berlansung di rumah pengantin perempuan,kg.batang benar,Nilai. Lain padang,lain belalang,begitu juga adat di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa aturcara yang berlainan dari Negeri Johor. Contohnya semasa nikah,pengantin perempuan telah duduk bersama dengan pengantin lelaki.Sebaliknya berlaku di Johor.

Akad nikah disempurnakan sendiri oleh bapa Sarah. Dua kali. Yang pertama,Hafiz teucap “nya”.Dan kali kedua,bapa pengantin pula yang tersasul.hehe…Gugup. Rombongan dari Johor bersama sanak saudara dan juga jiran tetangga.Penuh la rumah Sarah pada hari itu.

Pada mulanya mak Sarah berat untuk melepaskan anaknya untuk pengambaran luar yang akan di jalankan di Putrajaya.Setelah dipujuk,mak beliau akur dengan keputusan anaknya.hehe..maseh makcik. Putrajaya memang terkenal dengan lanskap dan bangunan-bangunan yang cantik2.Kalau nk di ikutkan,sampai esok pagi pn xabis.haha…Tapi masing2 pn penat.Pengantin pn nk kne berus periuk.hehe…

Ok lah.Harap2 korang kekal,bahagia,jangan gaduh2,cepat2 dapat baby,dimurahkan rezeki,dan ceria selalu…amin…


Solemnization

Noordeen dan Zuridah

3rd Jun 2011 ( nikah )

4th Jun 2011 ( sanding )

Kg.Melayu,Bt.9

Segala aturcara majlis,alhamdulillah berjalan lancar pada hari tersebut.Mereka disatukan pada Jumaat malam sabtu.Pada malam itu saya ditemani oleh Ishak Shamsuddin,Razi,dan juga sam.Selepas selesai acara akad nikah, acara diteruskan dengan malam berinai disertakan mempelai memperagakan baju ala2 jepun,minang dan juga serba kuning.

Pada hari bersanding, cuaca amat membantu.Mereka memilih untuk mempercepatkan waktu bersanding.Ini kerana cuaca yang tidak menentu pada belah petang.Berarak pada pukul 12 tepat.

Saya mendoakan,pengantin agar berbahagia selalu,dan dikurniakan cahaya mata dengan cepat.aminn…hehe…


Hari Persandingan

Marhzimi Marzuki + Nilam Hirdayani

28 Mei 2011

Kg.Linau Kecil,Bukit Pasir,Batu Pahat,Johor.

Tahniah kak nani n abg mi!!! Ramai yang datang pada majlis tersebut.Sampai kan nasi terpakse kne masak berulang kali.Menu utama majlis adalah nasi ayam.Memang sedap la nasi ayam tu…nasi pn dh sedap.hehe…

Terjumpe la plak ngn kawan sekolah lama (HSBP).Die guru,tp amik gambor jgk…Bertuah la sgt dpt jmpe pro ni.Dapat la belajar dari die serba sedikit teknik2 tgkap gmbr ni…tq Ahmad Suhaimi!

Pada sesi pengambaran luar,kami telah ke Dataran Penggaram dan Minyak Beku.


27 Mei 2011(Jumaat) Saya masuk Singapore.Plan dari ari isnin.Spore je pn.Awal jgk bgun pagi tu,sbb takut org ramai kt tmpt check-in.Parking kete kt larkin,amik bus ke sana.Kalau nk drive sendiri,sesat kot.haha…Nasib ade ajoi.Die la yg salu masuk spore.Then kt sane,ade awek die.hehe..nurul.So,diorg la yg bwk saya dan adek saya jln2 kota singa tu.

1stly mmg sgt bersyukur la sbb ptptn x blacklist nama sy utk ke luar negara.haha…takut jgk mse kt check-in tu.lps je…lega~~ Sampai je,tukar duit.500MYR = 204.464 SGD.ckup la utk sy dgn tiah.masuk Universal Studio(uss) pn xsmpai la 100 SGD.60 kot,kalau xsilap.

Teknologi sana sangat canggih.Nak pgi mana2,senang je naik tren(MRT).Cepat je.xperlu tgu lama.Wayang 4D dlm uss sangat kagum la.Lelabah boleh masuk dalam seluar wei! haha..siot! Saya dipaksa naik Human rollercoaster dalam uss.err…sekali je kot.laju sangat kot menatang tu.pastu tinggi plak tu.krem kaki!ha…Orang sana jenis jalan laju.Kejar2…so,saya di suggest kn utk beli ezylink card.senang la,xyah nk berebut2 beli tiket MRT.touch je,then go…12SGD

Bangga jugak kat sana ramai je yg cakap melayu.cool beb.haha…Mse nk guna duit,rse pelik je duit tu lain dari biase.haha…Makanan halal pn mudah di dapati di sana.dalam uss pn ade.tp xtau plak hargenye…Kalau nk cerita dalam uss,mmg xhabis.korg patut pgi la.ade madagascar,ade shrek,byk lg ah.Semua game kt dlm tu xkne bayar pn.bayar tiket masuk je…

Satu pengembaraan yang sangat best,er…tapi sangat penat.Bykkn minum 100+ ye.

Popular Post

Archives

Admin

18% GRAY - © Copyright Idham Haziq • Powered by Full Frame & Wordpress. Login

WordPress Loves AJAX